Simpanan vs Pelaburan / Saving vs Investment.

Apa yang saya fokuskan di sini adalah berkisar kepada pelaburan ke dalam Unit Amanah.

Ada kemungkinan terdapat persamaan dengan bentuk pelaburan yang lain seperti pelaburan emas, hartanah dah lain2.

Terdapat perbezaan ketara antara simpanan dan pelaburan (Saving and Investment)

9 Ciri Simpanan:
1. Objektif – Dibina untuk capai target tertentu. Secara jangka pendek. Contoh haji, pendidikan anak-anak.
2. Return adalah rendah dan sederhana – (contoh: simpan bawah tilam, simpan dalam bank, simpan di ASB, Tabung Haji)
3. Jangka masa – Rendah dan sederhana. Jangka masa panjang adalah tidak sesuai kerana anda akan mengalami kerugian kerana faedah yang anda perolehi amatlah rendah, oleh itu agihkan simpanan jangka masa panjang kepada pelaburan.
4. Risiko – Tersangat rendah dan sederhana. Rata2 risiko nya dalah rendah, kecuali simpan bawah tilam, risiko berlaku kecurian adalah tinggi. Risiko sederhana pula adalah
kerana faktor inflasi kerana inflasi semakin lama semakin tinggi dan ini akan mengurangkan value simpanan anda over the years.
5. Kecairan (liquidity) – Tinggi. Maksudnya, kalau nak tunaikan senang.
6. Charge/Fee – Tidak ada. Penyimpan tidak akan dikenakan cas iatu pelbagai jenis charge seperti sales charge, service charge
7. Advisor/Penasihat – Tidak memerlukan advisor untuk memberi nasihat tentang bagaimana mahu menyimpan dan apa kelebihan menyimpan dan lain-lain.
8. Bentuk simpanan – Cash sahaja.
9. Efek Inflasi – Mempunyai kesan terhadap inflasi

9 Ciri Pelaburan
1. Objektif – Dibina untuk kekayaan dan persediaan keperluan masa hadapan. Jadikan duit bekerja untuk kita (selama ini kita bekerja untuk duit, senang kata hamba duit)
2. Return adalah tinggi – bergantung medium mana yang anda labur.
3. Jangka Masa – Sederhana dan panjang. Lagi lama, lagi tinggi pulangan, kerana compounding effect.
4. Risiko – Tinggi berbanding simpanan
5. Kecairan (liquidity) –  Sederhana. Ia akan mengambil masa sehari untuk cairkan.
6. Charge/Fee – Pelaburan unit amanah – 5-6% untuk cash, 3% untuk epf.
7. Advisor/Penasihat – Kebiasaannya mempunyai penasihat kewangan. Yang akan membantu anda membuat pilihan terhadap fund-fund yang terbaik. Jika anda mempunyai pengetahuan dan mahir membuat keputusan, anda boleh melabur direct tanpa advisor dengan cara melabur di website (contoh fundsupermart), walaubagaimana pun, anda tetap akan di charge tetapi pada kadar yg minima.
8. Bentuk Pelaburan – Pelaburan boleh dibuat dalam bentuk cash dan epf.
9. Efek Inflasi – Kalis inflasi over long term

Kesimpulan

Tak kisah apa bentuk pun samada saving atau pelaburan, kedua2 nya adalah bagus.

Pandangan saya – Apa perlu anda buat supaya balance?

Alternatif nya adalah dengan membuat DIVERSIFY. Alihkan sedikit simpanan anda kepada pelaburan tempat yang mempunyai potensi retun yang lebih tinggi. Buat pembahagian asset allocation anda, sebagai contoh 50/50, 60/40 atau 70/30.

Iatu 60 – Simpanan, 40 – Pelaburan, juga diapply pada percentage yang lain bergantung kepada kapasiti anda.

Dengan itu anda dapat kedua-dua nya sekali tanpa rasa ralat.

Share: