Siapa yang tidak kenal dengan Warren Buffett kan? Sebut saja pasal saham, mesti nama beliau berada di ranking teratas.

Warren Buffett merupakan seorang yang bijak dalam menguruskan kewangan dan sudah menempa nama dalam bidang kewangan dan pelaburan selama lebih 50 tahun, malah beliau berjaya membuktikan teori pelaburan nya.

Digelar sebagai Oracle of Omaha, Buffett mungkin bukan orang terkaya di dunia, tetapi dia, merupakan pelabur terkaya dalam sejarah moden, jauh meninggalkan pesaing beliau yang lain.

Dan berikut merupakan 8 tips pelaburan saham daripada Warren Buffett

1. Bangunkan Minda Pelaburan

Memang benar bahawa kita boleh menjadi pelabur, tetapi tidak semua kita memiliki dan mengurus pelaburan kita sendiri. Untuk itu, kita memerlukan “minda” pelabur yang lengkap. Minda ini dirujuk kepada bagaimana perancangan anda untuk melakukan pelaburan dalam kewangan.

Dan ini bermakna anda memerlukan lebih banyak masa untuk mengkaji cara pelaburan yang berjaya dan memperkemaskan kemahiran melabur anda.

2. Faham Apa Itu Pelaburan

Setiap kali Buffett menggunakan perkataan “pelaburan,” dia secara khusus mengecualikan tanggapan pertama atau inferens yang berada pelaburan “hit-and-run” iaitu bermaksud membeli, kemudian menjual pelaburan dengan harga yang tinggi untuk satu tempoh yang pendek sahaja.

Seorang pelabur yang sebenar secara ringkasnya tidak membuat spekulasi yang memudaratkan pelaburannya tetapi dia membuat keputusan pelaburan yang bijak untuk satu jangka masa yang panjang.

Pelabur seperti itu akhirnya akan berakhir dengan lebih berjaya daripada pelabur yang jenis jangka pendek.

3. Melabur Dalam Apa Yang Anda Faham

Melalui kepercayaan “lingkaran keprihatinan”, Buffett memberi nasihat “jangan melabur dalam perniagaan yang anda tidak faham.” Dengan kata lain, jangan memilih perniagaan yang memerlukan pengetahuan di luar lingkaran atau kecekapan anda. Sekurang-kurangnya sehingga anda mempunyai atau memperoleh pengetahuan yang medalam dalam pelaburan untuk berbuat demikian.

Jika anda tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang sebuah syarikat, keadaan akan lebih sukar untuk membuat pelaburan jangka panjang dan meramalkan perkembangan syarikat.

4. Beli Syarikat Yang Kukuh Berbanding Yang Glamer

Daripada melabur dalam syarikat yang glamer tetapi baru nak naik, beliau lebih gemar melabur dalam industri yang terbukti kukuh. Ini salah satu sebab utama beliau tidak terkesan akibat kejatuhan industri teknologi pada awal 2000 atau lebih dikenali sebagai Dot-Com Bubble atau Y2K Crash.

5. Jangan Panik Semasa Ekonomi Gawat

Umum tahu bahawa ekonomi ini bergerak secara kitaran, ada masa kegemilangan ekonomi yang memuncak, dan ada juga waktu gawat di mana semuanya kelihatan merudum.

Di sinilah kita lihat Warren Buffett amat faham pelaburan counter-cylical, di mana nilai aset meningkat semasa ekonomi sedang gawat.

Jadi simpan sedikit cash, kerana cash is king semasa ekonomi sedang gawat. Boleh membeli-belah semasa pasaran sedang memberikan kita diskaun.

6. Suka Beli Syarikat Berprestasi Tinggi

“Adalah lebih baik beli syarikat terbaik pada harga yang berpatutan, daripada beli syarikat yang biasa-biasa pada harga yang menarik”.

Sungguh deep sekali ayat di atas, yang membawa maksud adalah lebih baik kita beli saham syarikat blue chip yang sudah semestinya kukuh dan terkenal.

7. Beli Harga Murah

Semua orang mesti biasa dengar, beli harga rendah dan jual harga tinggi kan? Yang sebenarnya adalah, beli pada harga di bawah pasaran atau below market value.

Tapi bagaimana nak cari saham yang undervalue?

Boleh baca 40 Saham Di Bawah Nilai, di mana kami kongsikan bagaimana nak tentukan nilai saham dan saham syarikat mana yang undervalue.

8. Melabur Untuk Jangka Masa Panjang

Dan yang terakhir sekali, melaburlah untuk jangka masa yang panjang yang lebih menguntungkan.

Salah satu daripadanya, cari syarikat yang memberi dividen. Boleh tengok syarikat mana di Bursa Malaysia Yang Beri Dividen.

Tak salah kalau suka nak merempit, tapi perlu jantung yang kuat. Sedangkan pelaburan jangka masa panjang boleh memberikan ketenangan jiwa.

Share: